Wednesday, December 14, 2016

tips jawab exam

memandangkan exam nak dekat nah baca nie....
1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.

Study week

Sajaa nak post untuk penguat kata kata semangat study week nanti hahhaha...macam biasalah study week laa bapak segala jin datang menghasut jangan study nak lena lahh makan lahh berjalan lahh ....so kena study gambateh!!!!

sakit kaki

My group for demonstration in taekwondo....even kitaorang punya demo macam hambar sikit tapi kitaorang puas hati yang kumpulan lain semua gempak gempak hahhaha...penat tuu tak terluahh, letih kot last minute baru nak mula training mana nak ingat pomsae lagi sparing lagi hahhah sumpah penat...dah nak A kena laaa buat jugak sebab taekwondo ni aku ambik under citra...if tak buat memang tak akan mimpi lahh nak dapat A even A- hahhaha...tapi thanks guys sebab bagi tunjuk ajar segala bagai at least dapat jugak knowledge baru macam mana nak defend diri sendiri if dalam bahaya....biasalah kena jaga diri kalau dekat tempat orang ....rumah jauh huhu tapi really appreciate it komitmen korang ....

Tips hiking powtoon

First time buat video guna powtoon....Enjoy the video gaiss



Wednesday, December 7, 2016

Maeps serdang

Ermmm haritu pergi maeps serdang dengan family sebab ayah kena bertugas dekat sana...so family datang la dari kedah and dah alang alang datang dari jauh ke senang aku suruh laa family aku datang ambik aku dekat ukm menyemak pon menyemak laaa...ermm orang cakap dekat maeps MAHA tu orang cakap banyak makanan hahahhaha....tempat yang aku pergi ni ialah taman garden dalam ni ada kebun kelulut and korang dapat rasa sendiri madu kelulut yang fresh dari sarang kelulut haha jarang lahh dapat peluang macam ni..pastu kitaorang pergi rumah negeri ...yang sempat tengok rumah negeri Sabah, serawak, johor,kelantan,terengganu je yang kedah tak jumpa hahhahah sedih...tapi memang best la maeps MAHA serdang ni...then kitaorng tengok padi haha biasalah dah pergi dengan family...like korang akan dapat experience yang baru pergi tempat tempat macam ni especially untuk budak budak bandar yang tak der peluang nak rasa ot tengok padi lahh, lembut sado lahh buah buahan yang korang tak pernah jumpa pon ade.....so if ade lagi tahun depan korang mesti pergi.

Saturday, December 3, 2016

Interaksi kesatriat keselamatan

Baru baru ni seketariat keselamatan under kolej ungku omar buat hari induksi macam nak mengeratkan ukwah la katakan so kitaorang bagi la cadangan nak pergi mana then ada orang suggest nak pergi air terjun tapi zaman sekarang susah nak cari air terjun yang bebas dari pencemaran...mula mula beria member bagi cadangan nak pergi sungan pisang dekat gombak tapi last minit kena tukar sebabnya cuaca tak menentu dan nak pergi sungai pisang tu jalan dia sangatlahhh susahh kena jalan kaki redah hutan dulu baru jumpa air terjun hahhahah bayangkan nak redah hutan dengan nak angkut makanan segala bagai bbq lahh ayam lahhh air lahh macam macam lahhh...kelakar teringat balik masing masing gigih nak fikir nak pergi mana malam sebelum induksi tuu masa peram ayam nak buat bbq dekat gazebo belakang pejabat sampai lepak pukul 1-2 pagi lahhh pastu malam tuu sibuk lagi nak cari barang barang yang nak angkut bawak haihhh masing masing koyak masa tuuu....then at last final destination pilih laa JERAM TOI WATERFALL ingatkan tak best la tempat tuu sebab member cakap tu tempat mandi manda  keluarga keluarga yang nak berkelah jeee...so saya ingatkan tempat tu level level ermmm hahaha paham paham sendiri laa tak extrem sangat....then masa smapai tuu baru tahu langit tu tinggi ke rendah tempat dyaa sangat cantik and EXTREM bagi saya laaa hahahha sebab saya mampu mandi dekat tepi tepi jeeee sedihh huhu sebab dalam jugak bagi ketinggian saya ni air terjunnyaa....hahhhahah itu jelaa saya mampu cakap



pintu masuk Jeram Toi Waterfall



Tuesday, November 29, 2016

Citra pengurusan acara

So tujuan aku post benda ni nak bagi Korang information sikit...citra pengurusan Acara ni sangat best ...citra ni ajar korang macam mana nak handle sesuatu program tu and build confidence untuk bercakap di khalayak ramai...citra ni sangat lahh aktif if ada program yang berkaitan dengan sukan korang lahh pelajar citra pengurusan acara yang diutamakan dulu sebab korang yang kena handle setiap pos pos program...citra pengurusan acara banyak mengadakan program berbentuk sukarelawan dan program program di luar ukm...macam sem ni ermm kitaorang yang ambik citra ni ada terlibat dengan Hari Sukan Negara, sukarelawan larian Mpkj, Pembarisan sukem, khidmat sukarelawan dekat Taman Cempaka and the latest one is sukarelawan untuk Sukan SEA....so if korang seorang yang suka handle handle program ambik la citra ni...


Saturday, November 26, 2016

karnival Makro spontan

 Falkulti ekonomi dan pengurusan ada mengajurkan karnival makro spontan untuk pelajar makroekonomi... ada pelbagai kategori pertandingan yang dipertandingan contohnya seperti macroeconomic the musical, debat makroekonomi, tindakan terbaik di dunia, pemberita berkepala 10 you ask I ask( soal menyoal ), macro economics warcry (cheers), siapa dia ( sidang media)...

Wednesday, November 23, 2016

sibling x4

My Sibling dekat ukm ni nama x4 yang tersangatlah lahhh perform..huhu  ok detik detik  dapat sibling baru sebab dibawah kelab xtreme-C ahli ahli dipecahkan kepada beberapa kumpulan sibling...ermmm jadi keseleluruhan ada 8 kumpulan sibling untuk tahun ini 2016/2017...Ok dalam kumpulan sibling ini ada fello, senior-senior dan  ahli ahli baru...tujuan diwujudkan sibling ni sebab nak mengeratkan ukwah antara ahli xc...kitaoarng boleh share share problem...sambut birthday sibling... support sibling and  macam macam lagi yang mengatuk...hahhaha nak tahu masuk lahh ukm then masuk kolej ungku omar. If you guys dapat peluang masuk kolej ungku omar come and join kelab Xtreme-C....

Monday, November 7, 2016

Teknik DasarTaekwando

 Memandangkan aku ambik citra taekwando sem ni tersangatlahh memenatkan citra ni so aku nak  share sikit apa ini taekwando

Tiga materi dalam latihan
  1. Poomsae atau rangkaian jurus adalah rangkaian teknik gerakan dasar serangan dan pertahanan diri, yang dilakukan melawan lawan yang imajiner, dengan mengikuti diagram tertentu. Setiap diagram rangkaian gerakan poomse didasari oleh falsafah timur yang menggambarkan semangat dan cara pandang bangsa Korea.
  2. Kyukpa atau teknik pemecahan benda keras adalah latihan teknik dengan memakai sasaran / objek benda mati, untuk mengukur kemampuan dan ketepatan tekniknya. Objek sasaran yang biasanya dipakai antara lain papan kayu, batu bata, genting, dan lain-lain. Teknik tersebut dilakukan dengan tendangan, pukulan, sabitan, bahkan tusukan jari tangan.
  3. Kyoruki atau pertarungan adalah latihan yang mengaplikasikan teknik gerakan dasar atau poomse, di mana dua orang yang bertarung saling mempraktikkan teknik serangan dan teknik pertahanan diri.
 Falsafah tali pinggang pada Tae Kwon Do
  • Putih melambangkan kesucian, awal / dasar dari semua warna, permulaan. Di sini para Taekwondoin mempelajari jurus dasar (gibon) 1
  • Kuning melambangkan bumi, di sinilah mula ditanam dasar-dasar TKD dengan kuat.Mempelajari gibon 2 dan 3. Sebelum naik tali pinggang hijau biasanya naik ke tali pinggang kuning jalur hijau terlebih dahulu.
  • Hijau melambangkan hijaunya pepohonan, pada saat inilah asas TKD mula ditumbuhkembangkan. (Mempelajari Taeguk 2). Sebelum naik ke tali pinggang biru biasanya naik ke tali pinggang hijau jalur biru terlebih dahulu.
  • Biru melambangkan birunya langit yang menyelimuti bumi dan seisinya, memberi erti bahawa kita harus mulai mengetahui apa yang telah kita pelajari. (Mempelajari Taeguk 4).Sebelum naik tali pinggang merah biasanya naik ke tali pinggang biru jalur merah terlebih dahulu.
  • Merah melambangkan matahari bermaksud bahawa kita mula menjadi pedoman bagi orang lain dan mengingatkan harus dapat mengawal setiap sikap dan tindakan kita. (Mempelajari Taeguk 6). Sebelum naik tali pinggang hitam, biasanya naik ke tali pinggang merah jalur dua dan merah jalur satu dahulu. Maksud dari matahari adalah tingkaran di mana seorang tali pinggang merah memberi kehangatan atau dalam erti kata denotasi mula memberi ilmu atau bimbingan.
  • Hitam melambangkan akhir, kedalaman, kematangan dalam berlatih dan penguasaan diri kita dari takut dan kegelapan. Hitam mempunyai tahapan dari Dan 1 hingga Dan 9. Juga melambangkan alam semesta.

Thursday, November 3, 2016

Xtreme-C janda baik


Kelab Xtreme-C mengadakan kem interaksi untuk ahli baru yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar tahun satu di kem santai janda baik ...Dengan menaikki 3 buah bas kami bertolak dari kolej ungku omar ke janda baik pada pukul 8.30 am, anggaran masa untuk sampai ke janda baik selama 2 jam...di sana kami diberi peralatan dan bahan memasak sendiri seperti messtin, metal cooker set,  garpu, sudu, lilin,telur, sardin, roti, kertas minyak, dan cawan polistren ...if setiap kali nak makan pandai pandai lahh masak bersama sama dengan ahli kumpulan...kitaorang dipecahkan mengikut group yang diberikan sendiri oleh PC (pemudah cara)...group dipecahkan mengikut nama haiwan seperti burung, pacat, rama-rama, siput babi, lintah, sesumpah, nyamuk dan semut...sepanjang kem semangat setia kawan sangat dititikberatkan oleh ahli Xtrme-c...salam setia teguh bersatu



Tuesday, November 1, 2016

Citra Teknologi Hijau dan Kemampanan Lestari

Citra Teknologi Hijau dan Kemampanan Lestari ialah citra 5yang baru sahaja diwujudkan dibawah kolej ungku omar...

Objektif kursus
 • Menerangkan konsep, falsafah, dan nilainilai teknologi hijau dan kemampanan alam sekitar dalam      kalangan pelajar prasiswazah.
 • Mengadakan projek kesedaran teknologi hijau dan kemampanan di kolej.
 • Merancang dan melaksanakan projek teknologi hijau dan kemampanan alam sekitar di peringkat        kolej kediaman.

Penilaian
 • Kehadiran 10% 
• Penglibatan dalam projek 10% 
• Hasil projek 60%
• Laporan projek 20%

Teknologi Hijau dan kelestarian alam sekitar – apakah maksudnya? 

• Teknologi hijau atau teknologi alam sekitar adalah penggunaan sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan mengawal kesan negatif aktiviti manusia. 
• Green technology = clean technology = environmental technology
 • Cara bagaimana kita boleh memanipulasi apa yang ada di alam semesta atau alam sekitar ini melalui rekabentuk system, teknologi, kaedah, method, peralatan atau apa sahaja teknik untuk keperluan kehidupan manusia secara berterusan (lestari), tanpa merosakkan alam sekitar itu sendiri atau menyusutkan kualiti dan kuantitinya. 
• Kehidupan tanpa merosakkan alam sekitar dan alam semulajadi
 • Alam sekitar / semuljadi kini pada tahap tenat Contoh kemerosotan alam sekitar
 1. Pemanasan bumi /kesan rumah kaca /pemanasan binaan Bandar/pelepasan karbon dan CFC ke      udara
2. Degradasi alam seperti bencana alam ( tanah runtuh, penghakisan etc) 
3. Pencemaran alam seperti air sungai akibat pembuangan sisa toksik dan ammonia ke sungai    (kebergantungan manusia kepada teknologi tidak mesra alam) 
4. pengurangan kuantiti petrol dan arangbatu (sumber asli) yang menjejaskan kualiti hidup manusia  kerana tiada sumber tenaga diperbaharui yang praktikal menggantikan petrol.




Definisi TEKNOLOGI HIJAU (KETTHA, 2016)

• Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. 

TH = teknologi yang menjamin pengekalan alam semulajadi dan menjamin persekitaran hidup manusia agar sentiasa bersih dan sihat.
 Apa Kriteria Teknologi Hijau ? 
Kriteria Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut: Ia meminimumkan degradasi kualiti persekitaran; 
1. Sifar atau rendah pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) 
2. Teknologi/sistem yang selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan;
 3. Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan
 4. Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui. Cuba fikirkan kriteria tadi…dalam kehidu

Thursday, October 27, 2016

contoh perancangan perniagaan








 NAMA: NUR AMIRAH NAJWA BINTI NOOR ARIS
FAKULTI: EKONOMI DAN PENGURUSAN
NO MATRIK: A157677
NAMA PESYARAH: PROF MADYA DR. ROSMAH BINTI MAT ISA
TAJUK: PERANCANGAN PERNIAGAAN
KERTAS KERJA RANCANGAN PERNIAGAAN OHANA BIKE SHOP
















DISEDIAKAN OLEH:
OHANA BIKES SHOP

DIMILIKI OLEH:
OHANA BIKES SHOP

LAYARI KAMI:
FACEBOOK (OHANABIKESHOP)
INSTAGRAM (OHANABIKESSHOP)
EMAIL (ohanabikesshop@gmail.com / http://ohanabikesshop.blogspot.com)
CONTACT (02-9222030 / 019-4046660)




No.      Isi kandungan Muka Surat
1.0       Ringkasan Abstrak…………………………………………………  1
2.0       Pengenalan Perniagaan…………………………………………….  2
3.0       Tujuan Rancangan Perniagaan / Kertas Kerja……………………..   3
4.0       Latar Belakang Perniagaan………………………………………...  4
5.0       Latar Belakang Pemilik……………………………………………   5
6.0       Latar Belakang Projek……………………………………………..  6
7.0       Rancangan Organisasi……………………………………………..   7
8.0       Rancangan Pemasaran……………………………………………..  8 - 9
9.0       Rancangan Pengeluaran / Operasi…………………………………   10 - 11
10.0     Rancangan Kewangan……………………………………………..  11
11.0     Jadual Pelaksanaan Projek…………………………………………  12
12.0     Rumusan…………………………………………………………… 12
13.0     Lampiran / Dokumen Sokongan…………………………………...  13
 




1.0       RINGKASAN ABSTRAK

OHANA BIKES SHOP memulakan perniagaan dengan mendaftar dibawah Syarikat Suruhanjaya Malaysia (SSM). OHANA BIKES SHOP merupakan sebuah perniagaan yang menjual perbagai jenis basikal untuk seisi keluarga dan terutamanya kepada penggemar sukan lasak .OHANA BIKES SHOP telah memulakan perniagaan pada 21 DISEMBER 2015. Kebanyakkan basikal kami diimport dari jepun dan berkualiti tinggi.

OHANA BIKES SHOP berharap mendapat tempat dan menambat hati para pelanggan terutamanya penggemar aktiviti lasak. Perniagaan ini menyasarkan jumlah pendapatan kasar minimum RM3000 sebulan dan OHANA BIKES SHOP juga menjual pelbagai alat ganti dan aksesori basikal. Dalam perancangan setiap tahun, perniagaan ini akan menambah bilangan stok semua jenis basikal supaya jumlah pendapatan meningkat. Kami meletakkan sasaran menjadi antara pengedar basikal lasak untuk seisi keluarga iaitu pada semua peringkat umur yang dikenali ramai dan mendapat tempat serta menambat hati para pelanggan terutamanya penggemar lasak. Bengkel kami menjaminkan basikal yang berkualiti tinggi, rekaan yang menarik dan mempunyai pelbagai jenis basikal yang ditawarkan.

Menjadikan OHANA BIKES SHOP sebagai satu-satunya pembekal dan bengkel yang terbaik dengan rekaan yang sentiasa moden dan terkini. Memberi inspirasi kepada seisi keluarga masa kini khususnya meminati sukan lasak yang mementingkan kualiti tinggi dan bergaya. Selain itu, OHANA BIKES SHOP berharap menjadi pelopor kepada dunia sukan masa kini dan akan sentiasa menyediakan pelbagai koleksi basikal terbaru, bengkel OHANA BIKES SHOP yang lebih eksklusif dengan harga yang berpatutan.



2.0       PENGENALAN PERNIAGAAN

2.1       Nama Syarikat
            OHANA BIKES SHOP

2.2       Jenis Perniagaan yang Diceburi
            Perkongsian.

2.3       Lokasi / Alamat Perniagaan
 No 657 Persiaran Utama 2/9, Kulim Utama, Kulim Hi-Tech Park, 09000 Kulim, Kedah                           Darul Aman.

2.4       Tarikh Perniagaan Bermula
           21 Disember 2016

2.5       Produk dan perkhidmatan
Produk yang kami niagakan adalah seperti basikal lipat, mountain bike, beach bike, tricycle, classic road bike, road bike, touring bike, fancy bike yang mementingkan gaya amasa kini dan akan bertambah dari masa ke masa. Contohnya: pelbagai jenis basikal kami ditawarkan jugak untuk kanak-kanak pada  pelbagai peringkat umur, aksesori basikal seperti Fox Cycling Helmet, Pro-team jersey, Cycling short, Glove.
Selain itu, kami juga menyediakan perkhidmatan yang terbaik dari kami untuk para pelanggan seperti perkhidmatan menukar alat ganti basikal . Kami juga menyediakan tempahan dan juga pesanan secara borong. Sasaran perniagan kami adalah seisi keluarga yang meminati aktiviti lasak dan juga remaja IPTS dan IPTA.
3.0       TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN / KERTAS KERJA

3.1       Rancangan perniagaan ini bertujuan untuk :

3.1.1    Rancangan perniagaan ini disediakan oleh OHANA BIKES SHOP sebagai panduan untuk menguruskan dan menjalankan produk yang dihasilkan. Dengan itu, ia memastikan perniagaan ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

3.1.2    Untuk merancang perbelanjaan dan pengiraan proses perniagaan dan memastikan keseluruhan bajet digunakan tanpa berlaku pembaziran atau kekurangan kewangan semasa perniagaan dijalankan.

3.1.3    Ini akan bertindak sebagai rujukan dan bukti bagi pihak berkuasa untuk meluluskan perniagaan dan memberi lesen untuk menjalankan perniagaan secara sah. Ia adalah penting untuk menunjukkan komitmen kami dan membuat pihak berkuasa mempunyai keyakinan untuk memberi kami lesen perniagaan.









4.0       LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

OHANA BIKES SHOP di tubuhkan pada 1 Januari 2016. Perniagaan ini menjual pelnagai jenis basikal. Matlamat penubuhan kedai  ini adalah selari dengan dasar kerajaan yang menggalakan pertumbuhan pesat di dalam sektor perkhidmatan am.

4.1       Butir-Butir Perniagaan / Syarikat

Nama Perniagaan: OHANA BIKES SHOP

Lokasi Perniagaan: No 657 Persiaran Utama 2/9, Kulim Utama, Kulim Hi-Tech Park,
09000 Kulim, Kedah Darul Aman.

Nombor Telefon: 02-9222030/ 019-4046660
E-mail: ohanabikesshop@gmail.com / http://ohanabikesshop.blogspot.com

Bentuk Perniagaan: menjual pelbagai jenis basikal lasak kepada semua peringkat umur pada harga yang berpatutan untuk para pelanggan. OHANA BIKES SHOP juga menyediakan tempahan dan juga pesanan secara borong.

Tarikh Memulakan Perniagaan: 1 Januari 2016

Tarikh Perniagaan Didaftarkan: 25 Disember 2015

Nombor Pendaftaran Perniagaan: A 5997903

Nama Bank Perniagaan: CIMB Bank

Nombor Akaun Bank: 738284-873-8738

Modal Perniagaan: RM 50000.00
5.0       LATAR BELAKANG PEMILIK

OHANA BIKES SHOP didaftarkan pada 25 Disember 2015, dimiliki oleh lima orang pemilik iaitu Nur Amirah Najwa Binti Noor Aris, Nur Husna Binti Noor Aris, Nur Afiqah Nabilla Binti Noor Aris, Nur Hanim Binti Noor Aris dan Noor Aris Bin Alias. OHANA BIKES SHOP merupakan perniagaan yang dijalankan oleh keluarga pemilik.

5.1       Butiran Pemilik

Nama: Nur Amirah Najwa Binti Noor Aris
No. Kad Pengenalan: 971221-02-6530
Alamat Tetap: No.62 Taman Seri Temin F2B
             Bandar Baru Bukit Kayu Hitam
             06050 Jitra Kedah Darul Aman
Tarikh Lahir: 21 / 12 / 1997
Umur: 19 Tahun
Jantina: Perempuan
Taraf Perkahwinan: Bujang
Warganegara: Malaysia
Taraf Pendidikan: Ijazah Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian
Kelulusan Akademik: Sijil Pelajaran Malaysia
Agama: Islam
Pengalaman Kerja: Menolong ibu dalam perniagaan kerepek
Pekerjaan Sekarang: Pelajar
Kursus-Kursus Yang Dihadir: 1. Program Usahawan Institut Belia Negara
                                                   2. Kursus Asas Perniagaan
Nombor Telefon: 019-4046660




6.0       LATAR BELAKANG PROJEK

6.1       Lokasi.
Lokasi perniagaan, kami memilih berniaga di kawasan berhampiran dengan rumah sewa pemilik kerana menjimatkan kos minyak,  selain itu kawasan itu merupakan kawasan yang sesuai melakukan aktiviti basikal lasak.

6.2       Pemasaran.
Kami menggunakan laman social dan iklan banner sebagai strategi pemasaran perniagaan supaya mudah menarik perhatian pembeli di luar sana dan lebih menjimatkan kos kami.

Image result for advertisments bikes shop




7.0       RANCANGAN ORGANSASI

7.1       Objektif:
1) Untuk menjana pendapatan sampingan.
2) Untuk mencari dan mempelajari selok belok perniagaan dengan lebih mendalam.
3) Sebagai sokongan dan kemudahan kewangan pada masa depan.

7.2       Matlamat Organisasi:
1)  Matlamat kami ialah untuk memperolehi keuntungan dan terus kekal sebagai sebuah    perniagaan yang berdaya saing.
2) Memastikan perniagaan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pembeli.
3) Menjaga hubungan baik antara pihak pengurusan, pekerja dan pelanggan.

7.3       Carta Organisasi:

JAWATAN

BILANGAN
RM
UPAH BULANAN
RM
KWASP 12%
RM
SOCSO 2%
RM
JUMLAH
RM
PENGURUS BESAR
1
2000
240
40
2280
PENGURUS KEWANGAN
1
1500
180
30
1770
PENGURUS PERKHIDMATAN
1
1000
120
20
1140
PENGURUS PEMASARAN
1
1000
120
20
1140
PENGURUS PENGELUARAN R&D
1
1000
120
20
1140
JUMLAH RM




7470

8.0       RANCANGAN PEMASARAN

8.1       Analisis SWOT

8.1.1    Kekuatan
1)         Mengimport pelbagai jenis basikal dari Negara luar seperti di JEPUN
2)         Mempunyai koleksi basikal yang berkualiti tinggi
3)         Lebih mementingkan keselesaan, kualiti dan harga yang berpatutan

8.1.2    Kelemahan
1)         Tiada pengalaman perniagaan sendiri
2)         Belum ada strategi pemasaran yang berkesan
3)         Pendapatan gaji yang tidak tetap

8.1.3    Peluang
Perkembangan laman media sosial lebih memudahkan proses pencarian pelanggan kerana kebanyakkan pelanggan mempunyai masa yang terhad untuk membeli belah di luar.

8.1.4    Ancaman
1)         Persaingan harga yang tidak sihat.
2)         Perkhidmatan secara online mudah dikaji oleh pesaing seperti harga yang ditawarkan
3)         Laman media sosial mudah digodam.









8.2       Strategi Pemasaran

8.2.1    Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan
Kami menawar perkhidmatan seperti Cash On Delivery ataupun COD. Selain itu, kami juga menawarkan penghantaran di kawasan yang berhampiran di kawasan perniagaan.

8.2.2    Sasaran pasaran
Sasaran pasaran bagi produk kami lebih difokuskan kepada seisi keluarga yang meminati aktiviti sukan lasak kerana kami menawarkan pakej keluarga dengan harga yang murah iaitu menjual pelbagai jenis basikal pada semua peringkat umur di kawasan kulim.

8.2.3    Pesaing-pesaing utama
Kami telah mengenal pasti pesaing-pesaing utama seperti bisnes-bisnes online yang kini wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan .

8.2.4    Kekuatan dan kelemahan pesaing
Kekuatan pesaing luar mereka lebih mempunyai banyak masa, pengalaman dalam adat perniagaan dan menjual dengan lebih murah. Kelemahan mereka pula cara pernigaan dan pemasaran tidak menarik perhatian para pengguna malahan produk lebih mahal.

8.2.5    Ramalan Jualan
Kami mensasarkan jualan pada tahun ini lebih menguntungkan kerana kami telah meningkatkan kualiti dan kuantiti produk mengikut kehendak pembeli dan trend semasa.

8.2.6    Strategi promosi
Bentuk promosi yang kami cadangkan ialah akan mengadakan pakej keluarga pada harga yang murah kepada pembeli yang membeli 4 buah basikal ke atas (basikal kanak kanak dan dewasa).

8.2.7    Strategi harga
Harga seunit ialah RM 100 hingga RM600.


9.0       RANCANGAN PENGELUARAN / OPERASI

9.1       Carta aliran proses operasi


Gambar rajah 9.1.1: Carta aliran proses operasi
9.2 keperluan bahan bulanan dan kos

Jenis Basikal
Kuantiti
Harga/Kuantiti (RM)
Jumlah (RM)
Basikal lipat
10
120.00
1200.00
Mountain Bike Dewasa
10
250.00
2500.00
Mountain Bike Kanak-Kanak
10
200.00
2000.00
Beach Cruiser
10
300.00
3000.00
Tricycle
10
350.00
3500.00
Classic Roadbike
10
350.00
3500.00
Road Bike Dewasa
10
600.00
6000.00
Road Bike Kanak_Kanak
10
500.00
5000.00
Touring Bike Dewasa
10
300.00
3000.00
Touring Bike Kanak-Kanak
10
190.00
1900.00
Fancy Bike
10
100.00
1000.00
Glove
50
30.00
1500.00
Fox Cycling Helmet
50
50.00
2500.00
Pro Team Jersey
50
25.00
1250.00
Cycling Short Pants
50
15.00
750.00
Jumlah


35600.00

Jadual 9.2.1: keperluan bahan bulanan dan kos

10.0 RANCANGAN KEWANGAN
No
Keperluan
RM
Catatan
1.
Pembelian stok (basikal dan aksesori basikal)
36000.00
Berdasarkan hasil jualan tertinggi dan permintaan pelanggan.
2.
Perbelajaan Pra-Operasi
1000.00
Perbelanjaan promosi, pengiklanan dan penyelenggaraan van.
3.
Modal pusingan
40000.00
Keperluan modal pusingan selama 3 bulan
4.
Kos penghantaran
500.00
Belanja angkutan kepada pelanggan.

Jumlah
77500.00


Jadual 10.1: jadual perancangan kewangan


11.0     JADUAL PELAKSANAAN PROJEK

Bil
Pelaksanaan
Tarikh jangkaan
1
Permohonan pembiayaan
5/7/2015
2
Temududa pertama
5/7/2015
3
Temuduga kedua
20/7/2015
4
Kelulusan
10/8/2015
5
Proses Dokumentasi & Gunaan
10/8/2016
6
Pengeluaran Wang
14/9/2015
7
Urusan Pendaftaran SSM
 25/12/2015
7
Pencarian Pekerja
27/12/2015
8
Pembelian Stok
27/12/2015
9
Kedai beroperasi sepenuhnya
1/1/2016

Jadual 11.1: Jadual pelaksanaan projek



12.0     RUMUSAN

Dengan OHANA BIKES SHOP ini, saya yakin dapat memulakan perniagaan menjual basikal saya dengan menawarkan harga yang berpatutan dan mampu milik  kepada pelanggan dan seterusnya mampu bersaing di pasaran tempatan. Dengan khidmat nasihat pihak OHANA BIKES SHOP juga saya pasti projek cadangan saya akan berjaya dan terus berkembang pesat.

Oleh itu, saya berharap agar pihak [agensi pembiaya / bank] dapat mempertimbangkan permohonan pembiayaan saya ini bagi membolehkan saya merealisasikan impian saya membuka bengkel basikal  Impian saya ini.







13.0     LAMPIRAN / DOKUMEN SOKONGAN

13.1     Kad Pengenalan Pemilik