Tiga materi dalam latihan
- Poomsae atau rangkaian jurus adalah rangkaian teknik gerakan dasar serangan dan pertahanan diri, yang dilakukan melawan lawan yang imajiner, dengan mengikuti diagram tertentu. Setiap diagram rangkaian gerakan poomse didasari oleh falsafah timur yang menggambarkan semangat dan cara pandang bangsa Korea.
- Kyukpa atau teknik pemecahan benda keras adalah latihan teknik dengan memakai sasaran / objek benda mati, untuk mengukur kemampuan dan ketepatan tekniknya. Objek sasaran yang biasanya dipakai antara lain papan kayu, batu bata, genting, dan lain-lain. Teknik tersebut dilakukan dengan tendangan, pukulan, sabitan, bahkan tusukan jari tangan.
- Kyoruki atau pertarungan adalah latihan yang mengaplikasikan teknik gerakan dasar atau poomse, di mana dua orang yang bertarung saling mempraktikkan teknik serangan dan teknik pertahanan diri.
Falsafah tali pinggang pada Tae Kwon Do
- Putih melambangkan kesucian, awal / dasar dari semua warna, permulaan. Di sini para Taekwondoin mempelajari jurus dasar (gibon) 1
- Kuning melambangkan bumi, di sinilah mula ditanam dasar-dasar TKD dengan kuat.Mempelajari gibon 2 dan 3. Sebelum naik tali pinggang hijau biasanya naik ke tali pinggang kuning jalur hijau terlebih dahulu.
- Hijau melambangkan hijaunya pepohonan, pada saat inilah asas TKD mula ditumbuhkembangkan. (Mempelajari Taeguk 2). Sebelum naik ke tali pinggang biru biasanya naik ke tali pinggang hijau jalur biru terlebih dahulu.
- Biru melambangkan birunya langit yang menyelimuti bumi dan seisinya, memberi erti bahawa kita harus mulai mengetahui apa yang telah kita pelajari. (Mempelajari Taeguk 4).Sebelum naik tali pinggang merah biasanya naik ke tali pinggang biru jalur merah terlebih dahulu.
- Merah melambangkan matahari bermaksud bahawa kita mula menjadi pedoman bagi orang lain dan mengingatkan harus dapat mengawal setiap sikap dan tindakan kita. (Mempelajari Taeguk 6). Sebelum naik tali pinggang hitam, biasanya naik ke tali pinggang merah jalur dua dan merah jalur satu dahulu. Maksud dari matahari adalah tingkaran di mana seorang tali pinggang merah memberi kehangatan atau dalam erti kata denotasi mula memberi ilmu atau bimbingan.
- Hitam melambangkan akhir, kedalaman, kematangan dalam berlatih dan penguasaan diri kita dari takut dan kegelapan. Hitam mempunyai tahapan dari Dan 1 hingga Dan 9. Juga melambangkan alam semesta.
No comments:
Post a Comment