Wednesday, October 5, 2016

Derma Darah

Sebab ukm baru baru ni ada buat kempen derma darah di pusanika so saya nak share sikit pengalaman saya. Dulu zaman matrik saya memang ada niat nak derma darah tapi banyak sangat dugaan berat badan tak cukuplah.... belum cukup umurlahh well disember babies la katakan then tidor tak cukup lahh maybe memang tak der rezeki nak derma darah say redo jee. So saya nak kongsi dengan korang semua...Setiap kali kita menderma darah, kita berupaya selamatkan 3 nyawa pada satu masa dan yang paling best, bukan sahaja penerima darah menerima kelebihan bahkan ianya terbukti bahawa penderma juga dapat kelebihan dan kebaikan dengan menderma darah.
Kebaikan Derma Darah
1 pint darah = 3 nyawa
1. Perasaan Gembira Dapat Selamatkan Nyawa
Satu perasaan yang sangat menggembirakan apabila kita berjaya tolong para doktor selamatkan nyawa orang lain. Darah yang anda derma akan dibahagikan kepada pelbagai komponen berdasarkan kepada keperluan pesakit. Setiap komponen boleh digunakan oleh penerima yang berbeza untuk pelbagai tujuan. Setiap kali anda menderma darah, anda dapat membantu dari 3 ke 4 penerima setiap seorang.

Kebaikan derma darah dalam membantu manusia
Pelbagai cara dapat digunakan untuk mebantu pesakit yang memerlukan darah

2. Menderma Darah Boleh Kurangkan Risiko Kanser
Derma darah secara konsisten dikaitkan dengan dapat kurangkan risiko kancer termasuk kanser hati, paru-paru, colon, perut dan tekak. Siapa yang tak nak kurangkan risiko kanser kalau dah diberi peluang kan?
3. Bagus Untuk Kesihatan 
Ia dapat kurangkan jumlah iron (zat besi yang berlebihan) di dalam badan dan mengurangkan risiko sakit jantung. Berdasarkan kepada kajian yang telah dicetak dalam American Journal of Epidemiology, blood donors are 88% less likely to suffer a heart attack. Ini kerana setiap kali penderma menderma darah, zat besi akan dikeluarkan dari sistem, dan secara tidak langsung dapat menghindarkan dari risiko sakit jantung.
4. Pemeriksaan (Check-up) Kesihatan
Anda hanya boleh menderma jika anda sihat secara keseluruhan. Sebelum setiap proses menderma darah bermula, anda akan melalui beberapa pemeriksaan kesihatan dan ianya percuma untuk para penderma. Itulah kelebihan yang anda akan terima. Contohnya, anda akan mengetahui jika tekanan darah anda tidak normal dan ianya dapat membantu mereka mendiagnosis sebarang penyakit pada peringkat awal sebelum penyakit tersebut makin teruk.Selepas darah didermakan, darah dan produk darah yang diperolehi akan diperiksa untuk mengetahui jika terdapat sebarang jangkitan. Anda boleh memilih untuk diberitahu jika mereka mendapati apa-apa yang tidak normal dalam ujian saringan tersebut. Derma darah yang kerap adalah bagus untuk kesihatan tambahan pula anda dapat percuma pemeriksaan yang akan membantu anda kekal sihat.

5. Mengetahui Jenis Darah 
Bersama-sama dengan pemeriksaan kesihatan, para penderma akan menerima analisis darah secara percuma dan bagi penderma yang pertama kali, anda akan mengetahui jenis darah anda. Kalau sendiri pergi ke klinik atau hospital untuk mengetahui jenis darah atau analisis darah, sudah tentu kena bayar. Walaubagaimanapun, sebagai penderma darah, anda akan dapat percuma.
Darah yang diderma akan diperiksa untuk beberapa faktor kesihatan bagi memastikan ia boleh digunakan untuk penerima. Antara faktor ianya perlu diperiksa termasuk HIV, syphilis dan hepatitis. Jika darah itu tadi mengandungi faktor kesihatan yang memudaratkan, maka penderma akan diberitahu dan sama sekali tidak boleh menderma. 

6. Percuma Goodie Bag!
Antara kelebihan yang menarik jika anda menderma darah yang mana anda mungkin tidak tahu ialah anda akan dapat barang secara percuma ala-ala goodie bag gitu. During donation, para penderma akan menerima snacks dan minuman. Bila kita dapat benda percuma, mesti kita happy dan kalau dah happy, baik untuk sistem imun kita.

 Semasa proses menderma, anda akan terima snacks, juice, dan makanan lain secara percuma. Kadang-kadang, dorang akan beri free t-shirts, stickers dan jika anda bertuah, mungkin dapat sijil macam saya. Masa saya isi borang pendaftaran, ada seorang sister (nurse) minta kad pengenalan saya. Ingatkan nak tulis dalam buku rekod tapi rupanya masa saya tengah derma darah, dia bagi sijil. Rasa terharu juga, macam dah buat satu achievement. (penderma darah tegar mesti jealous)


7. Bakar Kalori
Derma darah adalah jalan paling senang untuk kurangkan berat badan. Setiap kali anda menderma darah, sebanyak 640 Kcal akan hilang. Ini boleh membantu dalam proses untuk kurangkan berat badan. Bagaimanapun, darah selamat diderma pada setiap dua atau tiga bulan dan bukannya pada setiap bulan. Ini juga bergantung kepada tahap kesihatan anda, hemoglobin darah dan paras zat besi anda. Patut lah orang kata siapa derma darah akan naik berat badan, bila kalori terbakar mestilah kita rasa lapar.

Kebaikan Derma Darah
Setiap kali anda menderma, 640 kalori akan hilang
8. Penambahan Semula Darah Baik Untuk Tubuh
Replenishing darah adalah baik untuk tubuh kita. Derma darah membolehkan penderma untuk mengisi semula bekalan darah, membantu badan penderma kekal sihat, berfungsi dengan lebih cekap, dan dapat bekerja secara produktif.

No comments:

Post a Comment