Wednesday, December 14, 2016

tips jawab exam

memandangkan exam nak dekat nah baca nie....
1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.

Study week

Sajaa nak post untuk penguat kata kata semangat study week nanti hahhaha...macam biasalah study week laa bapak segala jin datang menghasut jangan study nak lena lahh makan lahh berjalan lahh ....so kena study gambateh!!!!

sakit kaki

My group for demonstration in taekwondo....even kitaorang punya demo macam hambar sikit tapi kitaorang puas hati yang kumpulan lain semua gempak gempak hahhaha...penat tuu tak terluahh, letih kot last minute baru nak mula training mana nak ingat pomsae lagi sparing lagi hahhah sumpah penat...dah nak A kena laaa buat jugak sebab taekwondo ni aku ambik under citra...if tak buat memang tak akan mimpi lahh nak dapat A even A- hahhaha...tapi thanks guys sebab bagi tunjuk ajar segala bagai at least dapat jugak knowledge baru macam mana nak defend diri sendiri if dalam bahaya....biasalah kena jaga diri kalau dekat tempat orang ....rumah jauh huhu tapi really appreciate it komitmen korang ....

Tips hiking powtoon

First time buat video guna powtoon....Enjoy the video gaiss



Wednesday, December 7, 2016

Maeps serdang

Ermmm haritu pergi maeps serdang dengan family sebab ayah kena bertugas dekat sana...so family datang la dari kedah and dah alang alang datang dari jauh ke senang aku suruh laa family aku datang ambik aku dekat ukm menyemak pon menyemak laaa...ermm orang cakap dekat maeps MAHA tu orang cakap banyak makanan hahahhaha....tempat yang aku pergi ni ialah taman garden dalam ni ada kebun kelulut and korang dapat rasa sendiri madu kelulut yang fresh dari sarang kelulut haha jarang lahh dapat peluang macam ni..pastu kitaorang pergi rumah negeri ...yang sempat tengok rumah negeri Sabah, serawak, johor,kelantan,terengganu je yang kedah tak jumpa hahhahah sedih...tapi memang best la maeps MAHA serdang ni...then kitaorng tengok padi haha biasalah dah pergi dengan family...like korang akan dapat experience yang baru pergi tempat tempat macam ni especially untuk budak budak bandar yang tak der peluang nak rasa ot tengok padi lahh, lembut sado lahh buah buahan yang korang tak pernah jumpa pon ade.....so if ade lagi tahun depan korang mesti pergi.

Saturday, December 3, 2016

Interaksi kesatriat keselamatan

Baru baru ni seketariat keselamatan under kolej ungku omar buat hari induksi macam nak mengeratkan ukwah la katakan so kitaorang bagi la cadangan nak pergi mana then ada orang suggest nak pergi air terjun tapi zaman sekarang susah nak cari air terjun yang bebas dari pencemaran...mula mula beria member bagi cadangan nak pergi sungan pisang dekat gombak tapi last minit kena tukar sebabnya cuaca tak menentu dan nak pergi sungai pisang tu jalan dia sangatlahhh susahh kena jalan kaki redah hutan dulu baru jumpa air terjun hahhahah bayangkan nak redah hutan dengan nak angkut makanan segala bagai bbq lahh ayam lahhh air lahh macam macam lahhh...kelakar teringat balik masing masing gigih nak fikir nak pergi mana malam sebelum induksi tuu masa peram ayam nak buat bbq dekat gazebo belakang pejabat sampai lepak pukul 1-2 pagi lahhh pastu malam tuu sibuk lagi nak cari barang barang yang nak angkut bawak haihhh masing masing koyak masa tuuu....then at last final destination pilih laa JERAM TOI WATERFALL ingatkan tak best la tempat tuu sebab member cakap tu tempat mandi manda  keluarga keluarga yang nak berkelah jeee...so saya ingatkan tempat tu level level ermmm hahaha paham paham sendiri laa tak extrem sangat....then masa smapai tuu baru tahu langit tu tinggi ke rendah tempat dyaa sangat cantik and EXTREM bagi saya laaa hahahha sebab saya mampu mandi dekat tepi tepi jeeee sedihh huhu sebab dalam jugak bagi ketinggian saya ni air terjunnyaa....hahhhahah itu jelaa saya mampu cakap



pintu masuk Jeram Toi Waterfall



Tuesday, November 29, 2016

Citra pengurusan acara

So tujuan aku post benda ni nak bagi Korang information sikit...citra pengurusan Acara ni sangat best ...citra ni ajar korang macam mana nak handle sesuatu program tu and build confidence untuk bercakap di khalayak ramai...citra ni sangat lahh aktif if ada program yang berkaitan dengan sukan korang lahh pelajar citra pengurusan acara yang diutamakan dulu sebab korang yang kena handle setiap pos pos program...citra pengurusan acara banyak mengadakan program berbentuk sukarelawan dan program program di luar ukm...macam sem ni ermm kitaorang yang ambik citra ni ada terlibat dengan Hari Sukan Negara, sukarelawan larian Mpkj, Pembarisan sukem, khidmat sukarelawan dekat Taman Cempaka and the latest one is sukarelawan untuk Sukan SEA....so if korang seorang yang suka handle handle program ambik la citra ni...